Thursday, January 20, 2011

Sesi Semakan Audit bil 2/2010 JIM

Assalamualaikum,

                Pada kebiasaan saya bercerita tentang kegiatan di rumah, famili , jalan-jalan & makan-makan . Arini saya bercerita tentang kegiatan di opis. 
Tahun 2011 di mulai dengan aktiviti tahun 2010 yang tak sempat habis. 
               Sesi semakan audit  ini sepatutnya dibuat hujung tahun 2010, sebab audit bil 2/2010 dilaksanakan dari 6-10 dan 23 Disember dan kerana byk aktiviti lain maka tertangguhlah semakan ini. Kali pertama setelah hampir 6 tahun saya di unit ini sesi ini dibuat di Ibu Pejabat. Mungkin kerana inilah ramai yang tak hadir. Tapi tak apa PEJUANGAN  harus diteruskan. SYABAS pada auditor yang sanggup hadir dan terima kasih kerana menjadikan ia satu aktiviti yang wajib dilaksana. Walaubagaimanapun( ayat odit) aktiviti ini telah berjaya dan ceria seperti sesi semakan yang lepas-lepas.
               Paling menarik kali ini auditor ditemukan dengan PQJ baru- iaitu Tuan Hj . Zamberi bin Abd Aziz, bergambar bersama dan diraikan dengan 2 biji kek ( Secret Resipi- tajaan Cik Puan Siti Rosliza) terima kasih daun keladi...
              Semakan ini diadakan selama 3 hari  dari 11 hingga 13 Januari 2011. Selain semakan diadakan juga ujian kompetensi juruaudit. Keputusan ujian 100% lulus dengan jayanya. Tahniah. InshaAllah Mac 2011 kita betemu lagi di Pulau Pinang bagi Kursus Pemantapan Juruaudit nanti.. Jumpa nanti



PENGURUS KUALITI JABATAN (PQJ)

KETUA AUDIT DALAMAN (KAD)

 
Gambar Kenangan
  
sedang berbincang dengan santainya....


CC buat laporan ke?
 
BERKENALAN DENGAN PQJ
 


jangan serius sgt .. Ct M wat ape2?
 
             Ujian kompetensi Auditor

dari Melaka

tekun.. walaupun ada yang bertandang?...

Dah siap ?


 CT 2 & Mentornya

otai2

Gang auditor yang digeruni...



No comments:

Post a Comment