Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir batin..
Hari raya tahun ni kami balik kampung 3 hari 2 malam sahaja...
Lepas Solat Raya , kami bertolak ke Taiping
Perjalanan pulang di pagi raya |
Walaupun tahun ni sambutan sederhana saja tapi meriah dan amat berbea dari tahun sebelumnya...Mungkin kerana adik bongsu kami tidak sihat.. Baru berumar 34 tahun tetapi sakit seperti orang tua bertongkat , dari pemerhatian sakitnya seperti sakit saraf sebab kaki nya seperti mengecil.. Harap-harap tiada yang serius..
Sesampai sahaja di Taiping , kami check in hotel dulu, solat rehat sebentar sebab walaupun pejalanan balik tidak jam tapi kereta banyak dan memenatkan ( pemandunya la)
Lewat petang kami ke Aulong ..
Aktiviti bermula dengan solat berjemaah maghrib , bacaan yasin, tahlil dan solat jemaah isyak.. alhamdulilah semua dapat buat..
Selapas makan malam ( makan apa yang ada, rayakan... macam-macam ada) .. tiba masa bergambar ... anak-anak yang mulakan di luar rumah dan di dalam rumah
Pak Su baju oren kt belakang |
Akhir sekali sesi beratur amik duit raya... dari ibu /bapa saudara kepada anak-anak saudara, sepupu-sepupu yang dah kerja kepada sepupu yang belum kerja/masih belajar/masih sekolah ( ikut sukala) .. Tahun ni k.long shafiqah( anak saya), k . yong reza( anak kak) dan k .olin ( anak adik) bagi duit raya..
Berakhir lah Raya pertama....
esok raya lagi...
No comments:
Post a Comment