Selepas beraya di kampung, beraya dengan ibu, adik beradik dan saudara-mara..
kini pulang ke tempat kediaman di kuarters KLIA..
Walaupun ramai yang masih beraya di kampung halaman masing-masing , kami balik awal sikit untuk bersiap-siap sebelum memulakan kerja minggu hadapan. Anak-anak akan mula ke sekolah, kakak lak nak siap-siap masuk sem baru.
Hari Jumaat di pejabat kami adakan makan-makan sempena raya... secara 'pokluck'. Pada asalnya kami nak adakan jamuan raya dan menjemput kawan-kawan.. tetapi di sebabkan ada problem kit.. so tukar ke majlis makan-makan hari jumaat.... jemput kawan-kawan yang terdekat je....
Jemputlah tengok...
Nasi Jagung * resipi di bawah |
Dalca Daging |
Sambal bilis, sambal udang & masak merah ayam |
Kuah kacang, serunding , kek epal & biskut-biskut |
Jamuan antara jam 11pg hingga 3 ptg.
Terima kasih kepada yang sudi hadir dan
ribuan terima kasih kepada sumbangan 'Poklak' anda semua
....cik siti, pija, rodz, fida, ina, cc nazari & mdm hapeline
**********
Resipi Nasi Jagung
* untuk makan 8 orang..
Bahan-bahabnya
1 kilo beras ( basmathi lagi bagus)
1 tin jagung - Tin hijau
1 tin susu sejat
air secukupnya
garam secukup rasa
serbuk kunyit (jika suka nasi kuning)
2 helai daun pandan
Bahan untuk menumis
4 beradik rempah penumis
2 sudu minyak sapi & 2 sudu margerin- untuk menumis
4-5 batang serai- ketuk
2 biji bawang besar - kisar
1/2 labu bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Cara memasak Nasi Jagung
1. Panaskan minyak sapi & majerin
2. Masukkan serai
3. Masukkan rempah penumis & bahan yang telah dikisar hingga wangi
4. Masukkan air, jagung , kunyit & garam- hingga mendidih
5. Masukkan susu , beras & daun pandan
6. Tutup periok , tunggu hingga nasi masak...
*** SELAMAT MEMCUBA****
No comments:
Post a Comment