Wednesday, November 30, 2011

SELAMAT TINGGAL UNIT ISO

Assalamualaikum . 


Selamat berjumpa kembali setelah hampir sebulan blog ini terabai. Terabai bukan kerana kesibukan kerja, kerja yang memang tak pernah habis tetapi  terabai kerana tak ada mood nak share apa-apa dengan orang lain.


Hari ini 30 November 2011 ( Rabu) hari terakhir aku di sini (unit ISO) sebagai ketua pasukan petugas ISO Jabatan Imigresen Putrajaya . Setelah menjadi warga ISO selama 6 tahun 10 bulan 14 hari. Dari gred 27 sehingga kini gred 38. ( lamakan?) 


Bertugas di bawah Ketua pengarah yang bersilih ganti dari Dato' Jamal kamdi ( yang mengenali aku dan kutip aku dari KLIA kerana KMK) Dato' Raja Azahar, Dato Wahid , Tan Sri Mahmood Adam ( dulu Datuk semasa di IMM) , Dato' Rahman Othman dan kini Dato' Alias Ahmad . 


Mengurusetiakan 11 kali Mesy Kajian Semula Pengurusan . Menguruskan beratus juruaudit dalaman jabatan yang silih berganti yang mana ada yang telah bersara dan  yang telah pulang menemui penciptanya.


Pemohonan aku untuk kekal telah ditolak dan hanya di beri masa tangguh sebulan untuk membuat serah tugas. Allahamdulilah semua selesai .


Pemohonan aku di tolak dengan alasan yang diberi
i.  tiada pejawatan gred 38 di unit ISO;
ii. telah lama di unit ini; dan
III.untuk peningkatan kejaya (?? )
  
Apapun aku terima keputusan ini dengan positif. Cuba dulu. InshaAllah. Sedih meninggalkan staf-staf dan bosku  ( Cik Puan CT Rosliza ) yang komited, boleh berkejasama , sepakat dan yang penting sayang menyayangi. Terima kasih semua. Jasa dan kebaikan kalian akan ku kenang. 


Selamat maju jaya dalam apa yang anda lakukan. 


Terima kasih dan halalkan  makan minum selama ini dan seterusnya ( cadang nk makan kt sana lg)

kerjasama semasa berpindah dari tingkat 4 ke tingkat 7


mengemas 

mengangkat 

kemas wayar

bantu dgn internet conection

persedian jamuan raya

jamuan raya tersedia

nasi lemak iso( sarapan pagi)

potluck  

haha.. sedapnya....( tertelan ayaq liuq)

tetamu jemputan - gembiranya....

Sekian .. Terima kasih... 


Selamat datang Pn H...  

No comments:

Post a Comment