Tuesday, March 20, 2012

UMRAH PERTAMA KU 2012

Ya Allah ya tuhan ku , aku mohon keampunan mu , mohon kerahmatanmu , mohon taufik dan hidayahmu..


Assalamualaikum 


Dengan izin Allah aku bersama suami dan dua anak lelaki kami telah selamat menunaikan ibadah umrah pada 3 hingga 17 Mac 2012. Ini merupakan umrah pertama kami dan bersyukur kerana telah dapat ke tanah suci atas jemputan Allah Tuhan yang maha esa, pencipta yang maha Agong


Allhamdulilah  sebelum ke tanah suci kami telah hadiri 3 kali  kursus umrah bagi persedian diri ke sana dan gambaran sebenar bila berada di Madinah dan Mekkah nanti. Terima kasih kapada suami yang telah mencari bahan-bahan rujukan dari internet dan cetak untuk panduan  Juga terima kasih kepada saudara mara , kawan-kawan , anak-anak, adik beradik dan emak  yang telah mendokan kami.


Amat teruja dan risau /takut juga semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 

sebelum bertolak ke KLIA diiring adik beradik 

bersedia di KLIA

di Masjid Quba- Masjid pertama rasululah

Di Masjid Bil Ali 


teruja pertama kali pakai ihram



Keindahan Masjidi Haram (dalam)



Masjidi Haram 

Setelah Tamat Umrah pertama
Selapas Tawaf sunat jam 3pg


Di kaki bukit ' Jabal Rahmah'- Tempat penemuan Nabi Adam Dan Hawa


bertemu saudara yang tinggal di mekah






Tawaf Wida' - sebelum pulang 
Kini kami  amat bersyukur dan amat kagum bila berada di depan baitullah , rumah Allah yang maha agong, dapat bersembahyang dan berdoa di depan kaabah. Sebak , gembira dan rasa nikmat yang menakjubkan  dapat berada disini. Dapat bersolat hajat , taubat dan berdoa betul-betul di depan kaabah. Semuga kami dijemput lagi  InshaAllah...

No comments:

Post a Comment