Sunday, August 26, 2012

Nasi Gomok Ayam

Assalamualaikum... 

Sekembali ke rumah kediaman di Kuarter KLIA rasa tak sabar nak mencuba resipi baru, Selepas mendobi pakaian raya dan  mengemas rumah yang ditinggalkan seminggu. 

Resipi yang diambil dari kak Zu & En Amran( suami siti Mariam Idris) ini jadinya...

Nasi Gomok 
Bahan -bahan untuk nasi ( untuk makan 10 orang)
11/2  Ayam di potong lapan ( buang kulit) 
6 cawan beras basmathi( diremdam 2-4 jam)
1 cawan minyak sapi+ majerin+ minyak masak 
kismis & gajus ( jika suka)
air secukupnya ( ikut beras)
2 biji bawang besar kuning ( potong halus)

Bahan yang dikisar
20 ulas  bawang kecil ( hiris & dibuat bawang goreng ) ditumbuk halus
1-2 biji Capsicam - potong & kisar
4 biji buah tomato - potong kisar
Halia & bawang putih - kisar
garam & gula 


Rempah yang dikisar (rendam dulu)
2-3 kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar

Cara-cara membuat Nasi Gomok 

1. Panaskan  minyak sapi, minyak masak dan majerin
2. Tumis bawang yang dihiris hingga layu
3. Masukkan rempah yang telah dikisar hingga wangi & masak
4. Masukkan Ayam &  bahan yang dikisar & sedikit air 
5. Bila ayam telah masak asingkan( toskan ) ayam
6. Masukkan beras dan masukkan air( agak-agak  mcm masak nasi biasa)
7. Bila air nasi hampir kering , masukkan ayam ( lapiskan nasi, ayam, nasi, ayam)
8. Bila nasi telah masak sepenuhnya masukkan kismis dan buah gajus yang telah digoreng.

Sambal Nasi Ayam Gomok
Kisar 
10 biji Cili Merah
 20-30 biji cili padi ( jika suka)
 5 ulas bawang putih

Masak bersama 
2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 sudu besar cuka
Daun ketumabar ( mayang)
Cara-caranya.
 1. Masakkan bahan masak bersama dengan api pelahan hingga mendidih , masuk cili yang telah dikisar masukkan sedikit garam.
2. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan daun ketumbar . 
3. Hidang bersam nasi gomak , ulam-ulam dan acar nenas ( ikut suka) 



Sekian selamat memcuba..

No comments:

Post a Comment