Sunday, August 26, 2012

Nasi Gomok Ayam

Assalamualaikum... 

Sekembali ke rumah kediaman di Kuarter KLIA rasa tak sabar nak mencuba resipi baru, Selepas mendobi pakaian raya dan  mengemas rumah yang ditinggalkan seminggu. 

Resipi yang diambil dari kak Zu & En Amran( suami siti Mariam Idris) ini jadinya...

Nasi Gomok 
Bahan -bahan untuk nasi ( untuk makan 10 orang)
11/2  Ayam di potong lapan ( buang kulit) 
6 cawan beras basmathi( diremdam 2-4 jam)
1 cawan minyak sapi+ majerin+ minyak masak 
kismis & gajus ( jika suka)
air secukupnya ( ikut beras)
2 biji bawang besar kuning ( potong halus)

Bahan yang dikisar
20 ulas  bawang kecil ( hiris & dibuat bawang goreng ) ditumbuk halus
1-2 biji Capsicam - potong & kisar
4 biji buah tomato - potong kisar
Halia & bawang putih - kisar
garam & gula 


Rempah yang dikisar (rendam dulu)
2-3 kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar

Cara-cara membuat Nasi Gomok 

1. Panaskan  minyak sapi, minyak masak dan majerin
2. Tumis bawang yang dihiris hingga layu
3. Masukkan rempah yang telah dikisar hingga wangi & masak
4. Masukkan Ayam &  bahan yang dikisar & sedikit air 
5. Bila ayam telah masak asingkan( toskan ) ayam
6. Masukkan beras dan masukkan air( agak-agak  mcm masak nasi biasa)
7. Bila air nasi hampir kering , masukkan ayam ( lapiskan nasi, ayam, nasi, ayam)
8. Bila nasi telah masak sepenuhnya masukkan kismis dan buah gajus yang telah digoreng.

Sambal Nasi Ayam Gomok
Kisar 
10 biji Cili Merah
 20-30 biji cili padi ( jika suka)
 5 ulas bawang putih

Masak bersama 
2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 sudu besar cuka
Daun ketumabar ( mayang)
Cara-caranya.
 1. Masakkan bahan masak bersama dengan api pelahan hingga mendidih , masuk cili yang telah dikisar masukkan sedikit garam.
2. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan daun ketumbar . 
3. Hidang bersam nasi gomak , ulam-ulam dan acar nenas ( ikut suka) 



Sekian selamat memcuba..

Hari Raya Aidil Fitri 2012

Assalamualaikum,

Kemeriah hari raya masih hangat di sana-sini. Raya tahun ini kami sekeluarga beraya di Kelantan sehingga hari raya ketiga. Hari keempat kami ke Taiping pula... 

Pagi Raya di rumah adik (Siti Mariam Idris)


Bersama anak daraku

anak-anak kesayangan 

Posing Petang Raya
di rumah adik ipar ( Mazlan Idris) Pasir Mas


Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga 


Yang Patah kan Tumbuh Yang Hilang kan Berganti

Assalamualaikum....


Ukapan  yang sering kita ucap , dengar dan baca,
tapi peristiwa ini yang membuat hati meruntun sedih.
Bertemu bukan untuk berpisah,
tak kenal tak cinta

Ini berlaku kepada Pasukan ISO / Pasukan Audit Dalaman Jabatan Imigresen Malaysia
Kami kehilangan seorang Ketua Audit Dalaman yang  komited
Seorang yang bergitu memahami tugasan seorang auditor, cabaran dan tanggungjawab yang kami hadapi tidak seperti sesetengah pengawai (PTD) di Jabatan ini yang sering menyalahkan kami. Walaupun beliau baru 2 tahun di Jabatan, telah dapat menghayati dan melaksanakan tugasan bersama kami dengan baik sekali. Beliau pergi untuk menjalani kursus wajib sebagai PTD dan mungkin selepas ini tidak balik ke Jabatan. Kami sebenarnya akan sangat-sangat kehilangan beliau . 
Beliau sebanar nya ialah 
Cik Puan Siti Rosliza bt Zainal Abidin  berumur 28 tahun 

ujian di sesi semakan 1/2012 


Salam sayang dari Kami semua.. Warga Juruaudit Dalaman MS ISO  dan Pasukan  Pertugas ISO Jabatan Imigresen Malaysia

* lambat Publish telah di draf pada JUN 2012. ( terlupa)










Perjalanan Pulang Hari Raya Aidil Fitri 2012 ke Kelantan

Assalamualaikum wrb.
Salam Aidil Fitri . Maaf Zahir & Batin

Perjalanan ke kampong tahun ini memang berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.Tahun 2012 kami beraya di Negeri Kelantan, walaupun ayah dan mak mertua sudah tiada kami beraya dengan adik beradik saja.

Oleh kerana nak lari dari Jammed  kami bertolak seawal pagi jam 1.45 pagi Sabtu , 18 ogos 2012. Sepanjang perjalanan kereta banyak , akan sesak bila hampir dipersimpangan R&R . Jam 5.00 pagi kami baru sampai di R&R Tapah.

Singgah Sahur @ 5am ( Bihun goeng, cokodok pisang & nescafe panas) 
Menuju Terowang Menora @ 7.30 am (sesak)
kemalangan dalam terowong
 Sampai di Kota Bahru jam 1.45 petang . Selepas 12 jam baru tiba ke destinasi melalui utara, Kuala Kangsar- Grik- Jeli - Kota Bharu. 


10.00 malam di Wakaf Che Yeh

Aktiviti Pertama kami ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu di malam raya. 



Esok kita Raya




Tuesday, March 20, 2012

UMRAH PERTAMA KU 2012

Ya Allah ya tuhan ku , aku mohon keampunan mu , mohon kerahmatanmu , mohon taufik dan hidayahmu..


Assalamualaikum 


Dengan izin Allah aku bersama suami dan dua anak lelaki kami telah selamat menunaikan ibadah umrah pada 3 hingga 17 Mac 2012. Ini merupakan umrah pertama kami dan bersyukur kerana telah dapat ke tanah suci atas jemputan Allah Tuhan yang maha esa, pencipta yang maha Agong


Allhamdulilah  sebelum ke tanah suci kami telah hadiri 3 kali  kursus umrah bagi persedian diri ke sana dan gambaran sebenar bila berada di Madinah dan Mekkah nanti. Terima kasih kapada suami yang telah mencari bahan-bahan rujukan dari internet dan cetak untuk panduan  Juga terima kasih kepada saudara mara , kawan-kawan , anak-anak, adik beradik dan emak  yang telah mendokan kami.


Amat teruja dan risau /takut juga semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 

sebelum bertolak ke KLIA diiring adik beradik 

bersedia di KLIA

di Masjid Quba- Masjid pertama rasululah

Di Masjid Bil Ali 


teruja pertama kali pakai ihram



Keindahan Masjidi Haram (dalam)



Masjidi Haram 

Setelah Tamat Umrah pertama
Selapas Tawaf sunat jam 3pg


Di kaki bukit ' Jabal Rahmah'- Tempat penemuan Nabi Adam Dan Hawa


bertemu saudara yang tinggal di mekah






Tawaf Wida' - sebelum pulang 
Kini kami  amat bersyukur dan amat kagum bila berada di depan baitullah , rumah Allah yang maha agong, dapat bersembahyang dan berdoa di depan kaabah. Sebak , gembira dan rasa nikmat yang menakjubkan  dapat berada disini. Dapat bersolat hajat , taubat dan berdoa betul-betul di depan kaabah. Semuga kami dijemput lagi  InshaAllah...

Sunday, February 12, 2012

Yang Tertinggal sebelum Tahun 2012

Assalamualaikum,


Disini aku nak updated aktiviti yang tertinggal pada disember 2011..


Awal disember hari Imigresen 2011 pada 1 Disember 2011
bersama  Pija, ina, rodz & Pn hapeline




Pertengahan Disember kami sekeluarga tanpa along & kakak ke Taiping & Kuala Kangsar ke majlis perkawinan abang pija di Taiping dan anak sepupu di Kuala Kangsar.

Kueh Tiaw Special Taiping

bila dah kenyang ngantuk lak...


dalam bilik hotel



Hujung november  kami sekeluarga telah tinggal semalaman di Impiana Hotel, Kuala Lumur  sambil shopping-shopping  di sekitar Kuala Lumpur di  Sogo dan tempat sekitarnya...

Menu Tengahari di Sogo:







 Berjalan dari Impian hotel ke KLCC- subways- berjalan kaki




Dah nak balik...


Sekian.. Terima Kasih..